Sunday 6 March 2011

baru aku tahu

Pada 5/3/11, saya telah menghadiri satu Diskusi Ilmiah. Diskusi Ilmiah tersebut dihadiri oleh orang yang amat saya kagumi, iaitu Prof Emeritus Datuk Dr.Nik Safiah Karim. Pada hari tersebut baru saya tahu bahawa beliau berasal dari Kota Bharu Kelantan. Walaupun beliau bercakap tidak lama, namun saya mendapat sedikit ilmu yang berguna dari beliau. Jadi, di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi pada hari tersebut, kata kerja di- yang diikuti oleh perlulah hadir Kata Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya, "buku itu dibaca oleh mereka", dan bukannya 'buku itu dibaca oleh saya'. Selain itu, jika ingin mengguna Kata Ganti Nama Diri pertama dan kedua adalah seperti berikut "buku itu saya baca". Jika terdapat kesilapan di sini, saya berharap perbetulkan kesilapan saya ini.

                                                tingkat papan kayu bersegi,
                                                sampan sakat di Pulau Angsa,
                                                indah tampan kerana budi,
                                                tinggi bangsa kerana bahasa.

No comments:

Post a Comment